Aku bukan isteri terbaik

Aku bukan isteri terbaik

Sejujurnya aku bukanlah isteri yang terbaik,
Hati ini selalu juga berkata-kata,
Melayan hasutan syaitan yang bermaharajalela,
Supaya berantakan dalam berumahtangga.

Sejujurnya aku bukanlah isteri yang terbaik,
Acapkali juga aku membalas kata-katanya,
Kadang-kala keras dalam bernada,
Dapat kulihat matanya berkaca-kaca.

Sejujurnya aku bukanlah isteri yang terbaik,
Dugaan dan badai berumahtangga seringkali menjengah,
Hinggakan diri ini selalu mengeluh lemah,
Menantikan sinar dan cahaya indah.

Sejujurnya aku bukanlah isteri yang terbaik,
Tetapi aku juga mengharapkan syurga AlFirdausi,
Untuk kutemani suami di dalamnya sebagai bidadari,
Dialah suami dialah teman yang kucintai,
Moga ikatan ini direstui Ilahi.


Nurnazida Nazri
Shah Alam

No comments:

Post a Comment